Cadangan Program “Internship” Pegawai Latihan Vokasional melalui kaedah Penilaian Pencapaian Terdahulu (PPT)
1.0 Tujuan
Mengemukakan pengalaman mengajar di IVM sebagai ganti kaedah “Internship” bagi memenuhi syarat mendapatkan sijil Pegawai Latihan Vokasional (VTO).
2.0 Latarbelakang
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah mewajibkan kursus VTO sebagai pra-syarat untuk menjadi Pegawai Penilai. Untuk itu IVM telah mewajibkan kesemua pegawai yang terlibat dalam SKM mengikuti kursus tersebut bermula bulan februari 2006. Kursus yang dijangka selama 360 jam (termasuk kursus induksi 60 jam) telah dilaksanakan sehingga akhir 2008. Setelah selesai perlaksanaan kursus ini peserta diminta menjalani latihan “internship” selama 720 jam. Walaubagaimanapun dirasakan tempoh masa latihan selama 720 jam adalah lama memandangkan kesemua peserta telahpun terlibat dengan kerja-kerja mengajar yang menjadi tugas harian mereka.
Adalah dicadangkan latihan internship ini diberi pengecualian dan gantinya peserta diminta membuktikan bahawa pengalaman mengajar mereka lebih dari 720 jam dan mereka mempunyai kelayakan mengajar serta mengikut kaedah pengajaran yang diperakui oleh JPK.
3.0 Kajian Kes – Jumlah masa mengajar setahun
Kajian kes yang dibuat keatas seorang Pegawai yang terlibat dengan kerja-kerja mengajar di IVM.
3.1 Mengajar subjek Ekonomi untuk pelajar SVM 56 jam
(Rujuk kurikulum Sijil Veterinar – Lampiran 1)
3.2 Mengajar untuk Kursus Jangka Pendik untuk
Usahawan sebanyak 8 siri setahun. 16 jam
(Rujuk jadual kursus – Lampiran 2)
3.3 Mengajar pelajar SKM – Tahap 2 80 jam
(Rujuk jadual mengajar – Lampiran 3)
3.3 Mengajar Pelajar SKM – Tahap 3 IVM 160 jam
(Rujuk jadual mengajar – Lampiran 4)
3.4 Mengajar Pelajar SKM – Tahap 3 KPM 160 jam
(Rujuk jadual mengajar – Lampiran 5)
3.5 Mengajar Core Ability – Lampiran 6) 30 jam
JUMLAH 502 jam
4.0 Bukti ketrampilan dan kaedah pengajaran
Setiap latihan adalah berpandukan buku kurikulum dan buku panduan NOSS yang telah ditetapkan. Disamping itu juga panduan mengajar (lesson plan) disediakan bagi merancang pengajaran supaya lebih berkesan. Pelajar juga disertakan nota-nota bertulis serta kertas panduan (IS) dan panduan pembelajaran kendiri (KAS) untuk mempastikan pelajar mendapat maklumat sokongan yang diperlukan.
4.1 Buku kokurikulum SVM Lampiran 7
4.2 Lesson plan Lampiran 8
4.3 Nota Ekonomi SVM Lampiran 9
4.4 Kandungan Jadual Mengajar SKM Lampiran 10
5.0 Kesimpulan
Jika dilihat dari jumlah jam mengajar seorang pegawai mengikut kajian kes setahun adalah sebanyak 502 jam. Walaupun tempoh masa ini berbeza di antara pegawai tetapi ianya tidaklah begitu ketara. Oleh itu tempoh masa yang perlu diambil bagi mencukupkan sebanyak 720 jam akan mengambil masa kurang dari 1.5 tahun. Berdasarkan pengiraan tersebut dikira wajar untuk memberikan pengecualian terhadap pegawai Institut Veterinar Malaysia dari mengikuti latihan “internship” Pegawai Latihan Vokasional memandangkan mereka telahpun didedahkan dengan keadaan sebenar dan telahpun menunjukkan ketrampilan mereka melalui pelajar SVM dan SKM yang telah dilahirkan. Untuk itu setiap pegawai perlulah menyediakan fortfolio yang lengkap mengenai senarai tugas dan dan bukti-bukti ketrampilan yang diperlukan.
Sunday, October 05, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment