Thursday, November 02, 2006

PERANCANGAN PROJEK AYAM

ASPEK EKONOMI LADANG TERNAKAN AYAM

PERANCANGAN PROJEK
Di dalam mengusahakan sesuatu projek, empat perkara perlu diberi perhatian, iaitu:
•Modal
•Ladang
•Pengurusan
•Pasaran
Keempat-empat perkara ini sentiasa bergandingan bagi mencapai satu kejayaan di dalam sesuatu bidangusaha disamping sikap dan kesanggupan penternak itu sendiri, Jika salah satu daripada perkara ini diabaikan, besar kemungkinan usaha tersebut akan menemui kegagalan.

MODAL
Di dalam menjayakan projek ini, modal yang diperlukan adalah seperti berikut:

KOS TETAP:

Reban/bangsal termasuk upah binaan ( keluasan 1 ekor 1 - 1 kaki persegi)
Tangki air (serta sambungan pvc)
Alat pemanas (jika menggunakan hover : 1 hover kecil = 500 ekor anak ayam)
Bekas minuman anak ayam ( 4 biji = 100 ekor)
Bekas makanan anak ayam ( palung panjang : 3 biji = 100 ekor)
Bekas minuman automatik ( 2 biji = 100 ekor)
Bekas makanan ayam jenis gantung (2 biji = 100 ekor)
Setor minyimpan peralatan dan makanan ayam
Lain-lain perbelanjaan luar jangka

KOS BERULANG

Anak ayam
Makanan Ayam - makanana permulaan dan makanan penghabisan
Elektrik/minyak tanah atau gas/air
Veksin dan ubatan
Susut nilai atas bangunan (5 tahun)
Susut nilai atas alatan (3 tahun)
Faedah pinjaman bank
Lain-lain perbelanjaan luar jangka

KEPERLUAN ASAS LADANG

Pemilihan Kawasan
•Keluasan yang mencukupi
•Mempunyai pengaliran yang sempurna
•Seelok-elok di kawasan yang tinggi supaya mendapat udara yang baik
•Jauh dari kesibukan, mempunyai kemudahan perhubungan jalanraya, bekalan letrik, bekalan air yang bersih dan selamat dari musuh ayam
•Tidak bercampur aduk dengan ternakan lain seperti itik dan ayam kampong
•Tidak terlalu hampir dengan kawasan perumahan
•Berdekatan dengan pengguna dan pemasaran

Sistem dan Bentuk Perumahan
Rumah atau bangsal ayam mestilah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-
•Peredaran udara yang sempurna. peredaran udara yang baik menolong mengeringkan kelembapan dan menghapuskan gas amonia dari najis ayam.
•Saiz rumah, mestilah sesuai dengan jumlah ayam. Jangan membina terllu kecil atau besar kerana ianya tidak menguntungkan. Saiz yang sesuai ialah 1 kaki persegi bagi satu ekor ayam dewasa.
Contoh: 5000 ekor ayam ialah 5000kaki persegi.
Ukuran yang dicadangkan ialah: 25 kaki x 200 kaki (1 bangsal) atau 25 kaki x 100 kaki
(2 bangsl)
•Kedudukan bangsal, seelok-eloknya hendaklah dibina mengikut arah Timur ke Barat supaya dapat mengurangkan kesan panas kepada ayam.

Sistem Perumahan

Boleh dibahagi kepada 2 iaitu:
•Sistem Lantai Atas
•Sistem Lantai Bawah

PENGURUSAN
Maju atau mundur sesuatu projek adalah bergantung kepada kecekapan pengurusan. Penternak yang cekap akan menitikberatkan semua aspek pengurusan bagi mencapai satu tahap penghasilan yang maksima dengan kos perbelanjaan yang minima.Di dalam pengurusan ayam daging, beberapa aspek pengurusan mestilah tersemat di dalam diri penternak. antaranya ialah:

Pemilihan Baka

Ciri-ciri anak ayam yang berkualiti
•Aktif, mata terang dan bulat, kaki kuat, berdiri dengan baik dan bulunya kering dan lembut.
•Saiznya tidak terlalu kecil dan mempunyai saiz yang sama .
•Bebas dari kecacatan seperti kaki bengkok, tali pusat yang tidak kering, kepak patah, buta dan sebagainya.
•Belilah anak-anak ayam daripada pembekal atau mendapat keterangan lanjut.

Pemakanan
Pemakanan adalah salah satu faktor yang terpenting yang perlu dititikberatkan oleh penternak. Ini adalah kerana 2/3 dari kos pengeluaran adalah daripada makanan. Penternak mestilah memastikan tiada pembaziran berlaku ketika memberi makan dan menyimpan.Terdapat 2 jenis makanan ayam pedaging:
•Makanan permulaan untuk ayam berumur 1 hari - 4 minggu
(kandungan protin kasar = 22 - 24 %)
•Makanan pengemok/penghabisan untuk ayam berumur 5 minggu - 7 minggu/jual
(kandungan protin kasar = 19 - 20 %)
•Makanan diberi tanpa had.


3. Pencegahan dan Kawalan PenyakitTerdapat banyak jenis penyakit ayam. Penyakit yang biasa menyerang dan memerlukan kawalan diperingkat awal ialah:
•Sampar
•Puru ayam
•Saluran Pernafasan
•Pullorum (Berak Kapor)
Oleh itu jadual untuk menyuntik ayam-ayam bagi melawan serangan penyakit seperti sampar dan puru ayam perlulah diadakan.jadual suntikan yang mesti diikuti oleh setiap penternak ialah:Umur 1 hari - Sampar "F"Umur 3 minggu - Cacar puruUmur 6 minggu - Sampar "S"Selain itu penternak haruslah mengawal kawasan rumah ayam tersebut dari dicerobohi oleh anasir-anasir pembawa kuman seperti burung, ayam kampong dan lain-laian ternakan. Kemasukan orang luar dan pelawat haruslah ditegah sama sekali.

PEMASARAN

Pemasaran ayam yang telah meningkat dewasa adalah patut difikirkan. Pasaran yang baik dari segi permintan dan harga menjamin kejayaan projek.

Strategi Pemasaran

Empat faktor penting yang boleh dilakukan oleh penternak di dlam urusan perniagaannya:
•Tempat (Berdekatan dengan pasaran, tiada masalah perhubungan).
•Pengeluaran (Boleh dijual dalam bentuk hidup, bersih dibekukan, dan bahagian berpotong dll.)
•Harga (Berbeza mengikut tempat dan saluran pemasaran)
•Pengiklanan (Biasanya dilakukan oleh pengusaha besar)
PENYIMPANAN REKOD
Penternak hendaklah menyediakan catitan setiap aktiviti melibatkan kewangan. 2 jenis rekod yang dicadangkan ialah:-

1. Rekod Pengurusan

•Untuk membaiki kelemahan pengurusan disetiap peringkat
•Menentukan baka ayam yang baik
•Menentukan jenis makanan yang baik
•Mengurangkan kadar kematian
•Menggunakan ubat-ubat yang sesuai.

2. Rekod Kewangan
•Menentukan paras keuntungan/kerugian
•Mengurangkan kos-kos yang membazir
•membantu menyediakan kertas kerja bagi tujuan membesarkan projek dimasa-masa akan datang.


ANALISA KEWANGAN

Rekod Hasil :

Hasil adalah semua keluaran/output dari aldang ternakan yang boleh dijual . Seperti ternakan, tinja dan sebagainya. Rekod perlu disimpan oleh pengusaha seperti berikut.


Ladang Ternakan – rekod hasil
Bil. Tarikh Urusniaga jualan Harga/unit kuantiti RM
1 1 Feb Ayam takai 3.50 20 kg 70.00


Rekod kos berubah

Kos berubah adalah nilai inpuyt yang digunakan oleh ladang ternakan. Kos berubah adalah kos yang berubah mengikut saiz bidang usaha ternakan tersebut. Contohnya seperti kos makanan , buruh , senggaraan.

Bil. Tarikh Urusniaga Pembelian Harga/unit kuantiti RM
1 1 Jan 2005 Dedak ayam 0.50 100 kg 50.00





Analisa Margin Kasar Ternakan Ayam pedaging
Untuk Satu Pusingan (Contract Farming dengan CP)

Bilangan Ayam Pedaging Sepusingan ( ekor) 10000
Kadar Kematian Sepusingan 5%
Sistem ternakan All in All Out kontrak dengan Integrator (hari/pusingan) 40-42 hari
Purata berat jualan seekor (kg) 1.8


Perkara Unit Harga/Unit Kuantiti RM/Pusingan
HASIL
Jualan Ayam Pedaging kg 2.8 17730 49644
Ayam Takai kg 3.5 150 525
Tinja bag 2.4 260 624
Jumlah Hasil 50793

Kos Berubah 1
Makanan Starter kg 0.92 10670 9816.4
Makanan Finisher kg 0.9 23280 20952
Anak Ayam umur sehari ekor 0.85 10500 8925
Jumlah Kos Berubah 1 39693.4

Untung/Margin Kasar 1 ( Jumlah Hasil - Kos Berubah 1) 11099.6
Kos Berubah 2
Vaksin / Ubatan / Veterinar / Vitamin 700
Gas tong 16.5 29 478.5
Elektrik , Air unit 0.25 1400 350
Woodshaving beg 0.25 20 5
Upah/gaji 800
Pengangkutan percuma 0
Catcher 0.05 9500 475
Pelbagai 1200
Jumlah Kos Berubah 2 4008.5
Untung/Margin Kasar 2 ( Untung/Margin kasar l - Kos Berubah 2) 7091.1




Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan

Rancangan perniagaan adalah merupakan dokuman bertulis yang memberikan keternagan berkenaan perniagaan atau projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh.

Rancangan Perniagaan juga dikenali sebagai Kertas kerja, kertas Projek atau Prospektus.

Kepentingan Penyediaan Rancangan Perniagaan

1. Memberi peluang untuk usahawan melihat dan menilai aidea atau projek perniagaan dengan teliti, objektif, kritikal dan praktikal
2. Memberi gambaran sama ada projek yang dirancang dan dicadangkan ini berdaya maju atau tidak.
3. Membantu usahawan mengangarkan keperluan sumber-sumber dan mengagihkan sumber-sumber perniagaan ini dengan baik dan lebih jelas.
4. Meyakinkan pihak-pihak lain bahawa projek ini berdaya maju dan sesuai untuk pelaburan atau pembiayaan.
5. Menyedarkan usahawan akan masalah yang mungkin timbul dalam melaksanakan projek perniagaan ini.

Pihak Berkepentingan

1. Usahawan

- Untuk membantu usahawan memahami projek sendiri dengan lebih mendalam
- Untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan.
- Untuk tujuan pelaburan, skim khas atau pelaburan rakan kongsi.

2. Institusi Kewangan/pelabur

- Untuk menjustifikasikan permohonan bagi pembiayaan projek melalui pinjaman, skim khas atau pelaburan rakan kongsi.

3. Pembekal

- Untuk meyakinkan pihak pembekal terhadap kemantapan perancangan pernaigaan kearah mendapatkan bekalan barangan atau bahan secara kredit.

4. Kakitangan

- Untuk memberi pendedahan kepada kakitangan tertentu terutamanya pengurus-pengurus terhadap matlamat dan tujuan pernaigaan serta peranan mereka.

5. Pengeluar Tender/kontrak (pelanggan)

- Untuk meyakinkan pihak-pihak yang mengeluarkan tender atau sebut harga bahawa perniagaan ini mampu mengisi keperluan kontrak kerja dengan baik dan berterusan



Badan Utama Rancangan Perniagaan

1. Pengenalan
2. Tujuan Rancangan Perniagaan
3. Latarbelakang perniagaan
4. Latarbelakang ahli kongsi
5. Rancangan Penyadbiran
6. Rancangan Pemasaran
7. Rancangan Operasi
8. Rancangan Kewangan
9. Lampiran (jika berkenaan)


Persembahan Rancangan Perniagaan

1. Muka surat hadapan Rancangan Perniagaan

- Nama perniagaan/projek
- Nama syarikat
- Tarikh siap Rancangan Perniagaan

2. Muka surat kandungan perlu menyenaraikan bahagian-bahagian utama dalam rancangan Perniagaan dan senarai lampiran serta bilangan muka surat yang berkaitan

3. Surat-surat iringam


Kandongan Rancangan Perniagaan

Bahagian 1 - Pengenalan

Bahagian pengenalan ini perlu memberi gambaran ringkas dan spesifik berkenaan aktiviti utama perniagaan dan maklumat-maklumat berkaitan.

Sebagai panduan, bahagian pengenalan ini perlu melebihi separuh muka suratdenagn maklumat-maklumat berikut.

i. Jenis perniagaan yang diceburi
ii. Nama dan lokasi/alamat perniagaan
iii. Tarikh perniagaan akan beroperasi
iv. Tren pasaran yang menjustifikasikan projek ini.

Bahagian 2 - Tujuan Rancangan Perniagan

Bahagian ini perlu menyatakan dengan spesifik samaada Rancanag Perniagaan ini disediakan untuk:

i. Memohon pembiayaan kewangan dari pihak institusi kewangan atau yang berkaitan.
ii. Merancang perlaksanaan projek
iii. Dijadikan garis panduan menguruskan perniagaan
iv. Lain-lain

Bahagian 3 - Latarbelakang Perniagaan

Bahagian ini membentangkan maklumat-maklumat asas berkenaan perniagaan yang dicadangkan seperti:

i. Alamat

Alamat perniagaan mungkin berbeza daripada alamat surat menyurat. Jika ianya bebeza nyatakan kedua-dua alamat ini. Jiak tidak berbeza nyatakan satu alamat sahaja.

ii. Bentuk perniagaan

Boleh membuat pilihan diantara Perniagaan Perkongsian atau Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.). Bentuk perniagaan Perseorangan boleh juga digunakan.

iii. Tarikh dan Nombor Pendaftaran.

Ini hanya sesuai untuk perniagaan yang sedang dijalankan. Perniagaan yang sedang dirancangkan mungkin belum ada butir-butir ini atau masih dalam proses pendaftaran.




iv. Modal Permulaan

Ini merupakan jumlah modal sendiri yang dibawa masuk ke perniagaan berkenaan. Untuk perniagaan Sendirian Berhad (Sdn.Bhd.), perlu menyatakan Modal dibenarkan dan Modal Dobyar perniagaan.

v. Bank
Nyatakan Bank pilihan dimana akaun perniagaan akan dibuka. Kebiasaanya bank berkenaan berkaitan dengan permhonan pembiayaan pinjaman.

Bahagian 4 – Latar Belakang Rakan Kongsi / Pemegang saham

i. Nama penuh
ii. No. kad pengenalan
iii. Tarikh lahir
iv. Umur
v. Alamat Tetap
vi. No telefon
vii. Taraf perkahwinan
viii. Kelulusan akedamik
ix. Kursus yang pernah dihadiri
x. Kemahiran
xi. Pengalaman
xii. Pekerjaan sekarang
xiii. Perniagaan yang pernah diceburi.

Bahagian 5 - Rancangan Pentadbiran

i. Pengenalan Organisasi
a. Alamat penuh Perniagaan
b. Pelan lokasi kedudukan

ii. Carta Organisasi
iii. Senarai jawatan dan bilangan Pekerja
iv. Spesifikasi Tugas
v. Imbuhan Balas jasa/ gaji
vi. Keperluan Pejabat
vii. Perbelanjaan Pentadburan
a. Perbelanjaan asset
b. Perbelanjaan bulanan
c. Lain-lain perbelanjaan





Bahagian 6 - Rancangan Pemasaran


1. Barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan

Nyatakan dengan jelas bentuk barangan/perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Kaitkan penawaran ini dengan keperluan atau kehendak pengguna yang ingin diberikan kepuasan

2. Sasaran Pasaran

Nyatakan profail pelanggan di sekitar kawasan pasaran yang dipilih. Kenalpasti kewujudan kumpulan pelanggan yang berbeza atau segmen-segmen pasaran dikawasan berkenaan.

3. Saiz Pasaran

Langkah ini adalah untuk mereamal jualan pernaigaan. Nyatakan saiz pasaran dalam bentuk unit jualan atau RM atau kedua-duanya sekali.

4. Pesaing-pesaing utama

Kenalpasti dan pilih pesaiang-pesaing utama. Lebih baik jika pesaing dikenalpasti mengikut nama perniagaan mereka.

5. Kekuatan dan kelemahan pesaing

Untuk semua pesaing nyatakan kekuatan dan kelemahan masing-masing.


6. Syer pasaran

Dari maklumat-maklumat yang didapati nyatakan pembahgian pasaran atau syer pasaran untuk perniagaan yang dicadangkan.





7. Ramalan Jualan

Sediakan pelunuran jualan bulanan untuk tahun pertama perniagan. Nyatakan anggaran /ramalan jualan tahunan untuk tahun-tahun berikutnya.

8. Strategi Pemasaran

i. Strategi Barangan
Reka bentuk barangan atau penjelasan pekej
Corak pembungkusan dan jenama berkaitan

ii. Strategi Promosi
Bentuk Promosi yang dicadangkan

iii. Strategi harga
Harga seunit yang dicadangkan.
iv. Strategi edaran
Corak pengedaran yang dicadangkan.
Kenderaan atau kaitangan pemasaran.


Bahagian 7- Rancangan Operasi

1. Carta aliran Proses

Nyatakan langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran barangan atau penyediaan perkhidmatan berkenaan.
Proses ini di ersembahkan dalam carta proses kerja.

2. Unit pengeluaran / jam operasi

Nyatakan hasil operasi dalam unit produk pengeluaran mengikut kesesuaian projek. Anggran ini berlandaskan ramalan jualan yang telah dinyatakan dalam Rancangan Pemasaran.

3. Keperluan bahan

Senaraikan bahan mentah atau stok barang yang diperluakan nyatakan belain di buat dalam bentuk kredit atau tunai dan pembekalnya.

4. Tenga Kerja

Senaraikan keperluan tenaga kerja untuk bahagian operasi. Natakan status pekerja berkenaan.

5. Mesin dan peralatan

Senaraikan mesin dan peralatan yang diperlukan serta harga belian selaras dengan keperluan pengeluaran atau operasi. Nyatakan sumber pembekal mesin.

6. Susunatur Ruang Operasi

Nyatkan factor-faktor utama yang diambil kira dalam merancang susunatur ruang operasi sesuai dengan keperluan operasi perniagaan serta pelan grafik susun atur tersebut.

7. Lokasi

Nyatakan kedudukan bangunan dan nyatakan kos bangunan samada sewaan atau belian.

8. Overhed operasi

Ini termasuk kemudahan bekalan air dan letrik, gas dan lain-lain yang perlu sebagai penggerak proses operasi.

9. Perbelanjaan Operasi

Rumuskan segala perbelanjaan yang dianggarkan dalam bahagian ini mengikut kategori perbelanjaan harta, perbelanjaan bulanan dan lain-lain perbelanjaan.


Bahagian 8 - Rancangan Kewangan

Rancangan Kewangan merangkumi bahagian berikut:

1. Kos pelaksanaan Projek dan sumber pembiayaan projek

2. Penyata-penyata kewangan:
i. Aliran wang tunai
ii. Penyata pendapatan
iii. Kunci kira-kira
iv. Jadual pembayaran hutang jangka panjang.

3. Kos pelaksanaan Projek
i. Pelaburan asset tetap
Termasuk semua asset yng dibeli dengan tunai atau kredit. Nyatkan harga asset-aset ini. Termasuk juga kos ubahsuai.

ii. Modal Pusingan
Merangkumi perbelanjaan pentadbiran , pemsaran dan operasi


iii. Lain-lain perbelanjaan
Seperti deposit sewaan dan utility serta belanja permulaan ( bayaran pendaftaran perniagaan, lessen dn sebagainya)

4. Sumber Pembiayaan Projek (SPP)

i. Modal sendiri yang merangkumi modal rakan kongsi dalam bentuk
tunai atau asset. Nyatakan nilai asset jika sumbangan adalah asset.

ii. Pinjaman bank merangkumi sebarang pinjaman berpenggal.

iii. Sewabeli merangkumi pembiayaan asset teap perniagaan. ( mesin operasi peralatan dan kenderaan)

5. Proforma penyata Aliran Wang Tunai

Penyata Alir wang Tunai perlu disediakan untuk 12 bulan bagi tahun pertama perniagaan. Untuk tahun seterusnya nyatakan secara tahunan sahaja.

6. Proforma Penyata Pendapatan

Proforma penyata pendapatan untuk tahunan selaras dengan proforma penyata aliran wang tunai.

7. Proforma Kunci kira-kira

Penyata ini juga selaras dengan proforma penyata pendapatan.

8. Analisis Daya Maju Kewangan
Dari jadual Aliran Tunai Analisis daya maju kewangan diolah.

Diantara petunjuk-petunjuk dayamaju kewangan yang kerap digunakan ialah:

1. Nilai kini bersih
2. Kadar Pulangan dalaman
3. Nisbah faedah kos
4. Tempoh pulang modal


Nilai kini bersih

Nilai kini bersih ialah aliran tunai yang di diskaunkan dengan satu kadar faedah untuk setiap tahun dan jumlah nilai kini tersebut dicampurkan untuk menentukan nilai kini bersih. Jika nilai kini bersih adalah bersamaan dengan sifar atau positif maka sesuatu projek itu adalah berdaya maju.


Kadar Pulangan Dalaman

Kadar pulangan dalaman adalah kadar diskaun (%) yang tertinggi yang membawa Nilai Kini Bersih bersamaan dengan sifar (0). Ini merupakan kadar tertinggi yang sanggup di bayar oleh pelabur.


Nisbah Faedah Kos

Ini merupakan petunjuk keberuntungan sesuatu projek. NFK adalah dikira dengan membahagikan nilai kini jumlah pendapatan dengan nilai kini jumlah kos.

Tempoh Pulang Modal

Merupakan tempoh bayar balik modal yang di biayai apda tahun permulaan projek.
Untuk menentukan daya maju projek ia bergantung dengan industri tersebut. Jika secara relatifnya tempoh adalah cepat maka pelabur mendapat semula wang pembiayaan dengan lebih cepat .

Dokumen-dokumen sokongan

1. Surat sebutharga
2. Sijil kursus
3. Surat sokongan pihak tertentu
4. Surat dapat tender
5. Sijil pendaftaran syarikat
6. Salinan permit/lessen
7. Surat-surat kepujian
8. Bukti modal sendiri
9. Salinan Cagaran





Contoh Jadual jawatan dan bilagan pekerja.

Bil Jawatan Bil pekerja
1 Pengurus 1
2 Kerani kewangan 2
3 Pekerja Ladang 4
4




Contoh jadual Spesifikasi Tugas

Jawatan Tanggungjawab
Pengurus 1. Mengkoordinasi bahagian /fungsi danalam perniagaan.
2. Koordinasi tugas tanggungjawab pekerja.
Kerani Kewangan 1.Pembayaran gaji pekerja
2.Merekod wang masuk dan keluar.


Imbuhan Balas Jasa atau gaji

Contoh: jadual Gaji dan Caruman Pekerja Pentadbiran

Jawatan Bil. Pekerja Gaji Bulanan KWSP PERKESO JUMLAH
Pengurus 1 3500.00 350.00 150.00 3900.00
Kerani 2 750.00 75.00 50.00 875.00




Keperluan Pejabat

Contoh: Senarai perabut dan peralatan pejabat


JENIS BILANGAN Jumlah RM
1.Perabut Pejabat 1 set 1000.00

2. Komputer 2 unit 5000.00


Perbelanjaan Pentadbiran

Butir Perbelanjaan Harta
(RM) Perbelanjaan
(bulanan) RM Lain-lain Perbelanjaan (RM)
1. Perabut Pejabat 1000.00
2. Komputer 5000.00
3.Gaji dan caruman 4775.00
4. Pendaftaran dan kertas kerja 2500.00

Jadual Ramalan Jualan Tahun Pertama

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Jumlah
Ramalan
Jualan



Jadual Perbelanjaan Pemasaran

Butir Perbelanjaan harta (RM) Perbelanjaan Bulanan
(RM) Lain-lain Perbelanjaan (RM)
1.Kenderaaan (van)
40000.00



2. Promosi 100.00

3. Insuran dn cukai jalan 500.00

Jadual Keperluan Bahan Mentah

Jenis Bahan Kuantiti Digunakan Stok simpanan Harga seunit Jumlah belian
1. Jagung 100 kg 100 kg 0.40 80.00








Jadual Gaji dan Caruman Pekerja Operasi


Jawatan Bil. Pekerja Gaji Bulanan KWSP PERKESO JUMLAH
Penyelia 2 3000.00 300.00 150.00 3450.00
Pekerja 4 2400.00 240.00 100.00 2740.00




Jadual mesin dan peralatan

Jenis Harga Bilangan Jumlah Harga
1. Chopper 5000.00 1 5000.00
2. Otomatik drinker 12000.00 1 12000.00


Perbelanjaan Operasi

Jadual Perbelanjaan Operasi

Butir Perbelanjaan Harta
(RM) Perbelanjaan
(bulanan) RM Lain-lain Perbelanjaan (RM)
1. Chopper 5000.00
2.otomatik drinker 12000.00
3.Gaji dan caruman 6190.00
4.

Contoh Kos Perlaksanaan Projek

1. Perbelanjaan harta
- (Pelaburan Aset Tetap ) ----------------------

2. Perbelanjaan Bulanan
- (modal pusingan) -----------------------

3. Lain-lain perbelanjaan
----------------------
4. Belanja Luar Jangka

Jumlah Kos Projek

Sumber Pembiayaan Projek
1. Modal sendiri
2. Pinjaman
3. Sewa beli
4. Lain-lain (termasuk geran kerajaan)
___________________________________________________________________
Jumlah sumber Pembiayaan


Jadual bayaran Balik

Sediakan jadual bayaran balik pinjaman digunakan:
Jika pinjaman :RM 100,000.00
Kadar faedah : 4 %
Jangka masa 10 tahun

Jadual Bayaran Pinjaman


Input
Prinsipal pinjaman $100,000.00 Bayaran tahun $12,149.40
Kadar Faedah tahunan 4% Bayaran bulanan $1,012.45
Jangka masa pinjaman 10 Faedah tahun pertama $3,848.92
Tahun bermla 2006 Jumlah faedah $21,494.00
Bulan bermula 1 Jumlah Bayaran $121,494.00


Bayaran di tahun pertama
Terkumpul Terkumpul Ending
Tahun Bulan Baki Bayaran Prinsipal Faedah Prinsipal Faedah Baki
2006 Jan $100,000.00 $1,012.45 $679.12 $333.33 $679.12 $333.33 $99,320.88
Feb $99,320.88 $1,012.45 $681.38 $331.07 $1,360.50 $664.40 $98,639.50
Mar $98,639.50 $1,012.45 $683.65 $328.80 $2,044.15 $993.20 $97,955.85
Apr $97,955.85 $1,012.45 $685.93 $326.52 $2,730.08 $1,319.72 $97,269.92
May $97,269.92 $1,012.45 $688.22 $324.23 $3,418.30 $1,643.95 $96,581.70
Jun $96,581.70 $1,012.45 $690.51 $321.94 $4,108.81 $1,965.89 $95,891.19
Jul $95,891.19 $1,012.45 $692.81 $319.64 $4,801.62 $2,285.53 $95,198.38
Aug $95,198.38 $1,012.45 $695.12 $317.33 $5,496.74 $2,602.86 $94,503.26
Sep $94,503.26 $1,012.45 $697.44 $315.01 $6,194.18 $2,917.87 $93,805.82
Oct $93,805.82 $1,012.45 $699.76 $312.69 $6,893.94 $3,230.56 $93,106.06
Nov $93,106.06 $1,012.45 $702.10 $310.35 $7,596.04 $3,540.91 $92,403.96
Dec $92,403.96 $1,012.45 $704.44 $308.01 $8,300.48 $3,848.92 $91,699.52






Skedul bayaran tahunan
Terkumpul Terkumpul Ending
Tahun Baki Bayarans Prinsipal Faedah Prinsipal Faedah Baki
2007 $91,699.52 $12,149.40 $8,638.80 $3,510.60 $16,939.28 $7,359.52 $83,060.72
2008 $83,060.72 $12,149.40 $8,990.61 $3,158.79 $25,929.89 $10,518.31 $74,070.11
2009 $74,070.11 $12,149.40 $9,356.90 $2,792.50 $35,286.79 $13,310.81 $64,713.21
2010 $64,713.21 $12,149.40 $9,738.12 $2,411.28 $45,024.91 $15,722.09 $54,975.09
2011 $54,975.09 $12,149.40 $10,134.86 $2,014.54 $55,159.77 $17,736.63 $44,840.23
2012 $44,840.23 $12,149.40 $10,547.77 $1,601.63 $65,707.54 $19,338.26 $34,292.46
2013 $34,292.46 $12,149.40 $10,977.50 $1,171.90 $76,685.05 $20,510.15 $23,314.95
2014 $23,314.95 $12,149.40 $11,424.75 $724.65 $88,109.79 $21,234.81 $11,890.21
2015 $11,890.21 $12,149.40 $11,890.21 $259.19 $100,000.00 $21,494.00 $0.00

Jadual Bayaran Ansuran sewa beli
Contoh beli van Rm40,000.00
Muka RM 10,000.00
Pembiayaan RM 30,000.00
Fedah 10%

Jadual Bayaran Pinjaman


Input
Prinsipal pinjaman $30,000.00 Bayaran tahun $7,648.92
Kadar Faedah tahunan 10% Bayaran bulanan $637.41
Jangka masa pinjaman 5 Faedah tahun pertama $2,780.90
Tahun bermla 2003 Jumlah faedah $8,244.60
Bulan bermula 1 Jumlah Bayaran $38,244.60


Bayaran di tahun pertama
Terkumpul Terkumpul Ending
Tahun Bulan Baki Bayaran Prinsipal Faedah Prinsipal Faedah Balance
2006 Jan $30,000.00 $637.41 $387.41 $250.00 $387.41 $250.00 $29,612.59
Feb $29,612.59 $637.41 $390.64 $246.77 $778.05 $496.77 $29,221.95
Mar $29,221.95 $637.41 $393.89 $243.52 $1,171.94 $740.29 $28,828.06
Apr $28,828.06 $637.41 $397.18 $240.23 $1,569.12 $980.52 $28,430.88
May $28,430.88 $637.41 $400.49 $236.92 $1,969.61 $1,217.44 $28,030.39
Jun $28,030.39 $637.41 $403.82 $233.59 $2,373.43 $1,451.03 $27,626.57
Jul $27,626.57 $637.41 $407.19 $230.22 $2,780.62 $1,681.25 $27,219.38
Aug $27,219.38 $637.41 $410.58 $226.83 $3,191.20 $1,908.08 $26,808.80
Sep $26,808.80 $637.41 $414.00 $223.41 $3,605.20 $2,131.49 $26,394.80
Oct $26,394.80 $637.41 $417.45 $219.96 $4,022.65 $2,351.45 $25,977.35
Nov $25,977.35 $637.41 $420.93 $216.48 $4,443.58 $2,567.93 $25,556.42
Dec $25,556.42 $637.41 $424.44 $212.97 $4,868.02 $2,780.90 $25,131.98


Skedul bayaran tahunan
Terkumpul Terkumpul Ending
Tahun Baki Bayarans Prinsipal Faedah Prinsipal Faedah Balance
2007 $25,131.98 $7,648.92 $5,377.86 $2,271.06 $10,245.88 $5,051.96 $19,754.12
2008 $19,754.12 $7,648.92 $5,940.90 $1,708.02 $16,186.78 $6,759.98 $13,813.22
2009 $13,813.22 $7,648.92 $6,562.99 $1,085.93 $22,749.77 $7,845.91 $7,250.23
2010 $7,250.23 $7,648.92 $7,250.23 $398.69 $30,000.00 $8,244.60 $0.00

Jadual susutnilai Aset tetap

Aset tetap (kecuali tanah) yang disenaraikan dalam kos Perlaksanaan Projek mesti disusutnilaikan.
Sediakn jadual seperti berikut:
Contoh: Jadual susut nilai.

Jenis harta: Van
Harga Nilai Asal: RM 30,000.00
Hayat ekonomik : 5 tahun
Nilai sisa: RM 10,000
Tahun Susut nilai tahunan Baki
1 4,000 26,000
2 4,000 22,000
3 4,000 18,000
4 4,000 14,000
5 4,000 10,000

Penyata pendapatan

Contoh : Proforma Penyata pendapatan Syarikat XYZ
Pada tahun 2006, 2007,2008,2009 (berakhir pada Disember tiap tahun)
2006 2007 2008 2009
Hasil
Jualan 100,000 100,000 100,000 100,000
- kos Barang dijual 70,000 70,000 70,000 70,000
Untung kasar 30,000 30,000 30,000 30,000
- Belanja-belanja
Pentadbiran 5,000 5,000 5,000 5,000
Pemasaran 3,000 3,000 3,000 3,000
Kewangan 1,000 1,000 1,000 1,000
Jumlah Belanja 9,000 9,000 9,000 9,000
Untung Bersih 21,000 21,000 21,000 21,000

Proforma Kunci kira-kira

Sediakan satu proforma kunci kira-kira. Ianya perlu untuk semua perniagaan
Pada setiap tahun yang berakhir pada :

Tahun 2006 2007 2008 2009
Aset Tetap
Kenderaan 50,000 45,000 40,000 35,000
- susut nilai
5,000 5,000 5,000 5,000
Jumlah 45,000 40,000 35,000 30,000
Perlalatan 50000 45,000 40,000 35,000
- susut nilai 5,000 5,000 5,000 5,000
Jumlah 45,000 40,000 35,000 30,000
Aset Semasa
Tunai 15,000 20,000 25,000 30,000
Si berhutang 10,000 10,000 10,000 10,000
Stok bahan mentah 5,000 5,000 5,000 5,000
Stok akhir 10,000 10,000 10,000 10,000
Jumlah 40,000 40,000 40,000 40,000
JUMLAH ASET 130,000 130,000 130,000 130,000

Ekuiti
Modal sendiri 10,000 10,000 10,000 10,000
Untung Bersih 21,000 21,000 21,000 21,000
Jumlah

Liabiliti
Baki Pinjaman 90,000 90,000 90,000 90,000
Pemiutang 9,000 9,000 9,000 9,000
Jumlah

JUMLAH EKUITI dan LIABILITI 130,000 130,000 130,000 130,000






Sediakan Penyata aliran Tunai dan analisis kewangan :

No comments: