KERTAS CADANGAN
Penternakan Ternakan bebiri Dan Memasarkan Hasil Ternakan
1.0 PENGENALAN
Prospek industri bebiri di negara ini adalah amat cerah memandangkan permintaan daging bebiri pada hari ini melebihi daripada bekalan.
Hari ini pengeluaran daging bebiri menjadi satu industri yang boleh mendatangkan keuntungan (profitable) dan telah menjadi hasil komersial.
Pertambahan populasi penduduk dan peningkatan pendapatan menyebabkan permintaan kepada daging bebiri semakin meningkat dari masa ke semasa.
Pengeluaran dan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan dan agensi kerajaan telah banyak membantu pertumbuhan industri bebiri sejak beberapa tahun kebelakangan.
Kertas cadangan ini ialah bertujuan untuk memulakan projek ternakan bebiri di kawasan padang ragut dan pemeliharaan secara semi intensif..
1.1 RINGKASAN EKSEKUTIF
Nama Syarikat
Bidang Usaha : Ternakan
Jenis Perniagaan : Penternakan Ternakan bebiri Dan Memasarkan Hasil Ternakan
Lokasi Projek :
Status / Saiz Projek : Projek permulaan ternakan bebiri sehingga 100 ekor induk.
Produk : Semua hasil pengeluaran ternakan bebiri.
Peluang : Tapak pilihan dikesan berpotensi untuk menjalankan projek ini dan
bebas dari persaingan serta mempunyai sistem perhubungan yang
baik.
Pentadbiran : Syarikat mempunyai tenaga kerja yang mencukupi dan
berpengalaman. Segala kerja-kerja dan tanggungjawab akan dapat
dilaksanakan dalam satu pasukan.
Pemasaran : Kedudukan tapak projek yang berhampiran dengan kemudahan pemasaran dan kawasan perumahan
Perancangan : Bagi tahun pertama permulaan projek, syarikat akan memulakan projek dengan pembelian sejumlah 100 induk.
Masa Depan : Dari analisa yang dibuat, syarikat mempunyai masa depan yang
baik dan berpotensi untuk dimajukan. Galakan dari kerajaan serta
kemudahan kredit yang ditawarkan oleh institusi kewangan,
menjadi faktor penting kepada perkembangan industri ini di masa
hadapan.
Anggaran Kos Projek : RM 50, 000.00
2.0 TUJUAN
Kertas cadangan ini disediakan bertujuan untuk perkara-perkara berikut:
i. Membuat permohonan pinjaman sebanyak RM50,,000 bagi memulakan projek menternak ternakan bebiri .
Tujuan pembiayaan adalah :
i. Pembelian induk ternakan
ii. Pembelian makanan ternakan
iii. Pembelian peralatan dan lain-lain kemudahan
iv. Pembinaan kandang dan stor .
v. Penyediaan tanah dan penanaman rumput
vi. Modal pusingan projek
ii. Kegunaan tanah adalah :
i. Menternak 100 ekor induk bebiri
ii.Menjalankan projek sampingan berkaitan dengan industri ternakan seperti pengeluaran baka, pengeluaran daging bebiri.
iii. Garispanduan pengurusan ladang merangkumi perkara-perkara berikut:
i. Rancangan pentadbiran
ii. Rancangan operasi
iii. Rancangan kewangan
3.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN
Nama Syarikat :
Alamat
No. Telefon :
Bentuk Perniagaan :
Kegiatan Utama :
Tarikh Pendaftaran :
Nombor Pendaftaran :
Syarikat
Nama Bank :
Jenis Akaun Perniagaan :
4.0 LATARBELAKANG PEMILIK TUNGGAL
1. Nama Penuh :
No. Kad Pengenalan
Tarikh Lahir :
Umur
Jantina
Alamat Tetap :
No. Telefon
Taraf Perkahwinan
Kursus Yang Pernah Di hadiri :
Kemahiran
5.0 KEDUDUKAN PROJEK
Tapak : .
Keluasan Tapak :
Di pohon
Pemilihan Tapak :
6.0 OBJEKTIF PROJEK
Objektif utama projek ini ialah untuk mengeluarkan daging bebiri bagi pasaran tempatan dalam keadaan bersih terkawal dari sebarang penyakit dan mengamalkan pengurusan ternakan yang baik serta cekap.
6.1 Projek permulaan ini adalah mendapatkan 100 bebiri induk
6.2 Anak-anak bebiri jantan dan bebiri tua serta tidak produktif akan dijual sebagai pedaging.
6.3 Bebiri dara pula akan di jandikan gantian induk.
6.4 Projek ini dapat mewujudkan peluang pekerjaan..
6.5 Kajian dan penilaian prestasi ternakan akan dibuat dari masa ke semasa dengan kerjasama Jabatan Perkhidmtan Haiwan.
7.0 CADANGAN PROJEK
Pengusaha merancang untuk menjalankan projek bebiri berdasarkan farktor-faktor berikut:-
a. Pemasaran ternakan bebiri yang terjamin .
b. Harga ternakan bebiri yang stabil dan terjamin.
c. Permintaan bebiri dari hasil pedaging bebiri yang sentiasa meningkat.
d. Prospek projek yang boleh berkembang maju memandangkan tiada persaingan bagi industri ini.
e. Galakan dari kerajaan untuk meningkatkan tahap pengeluaran makanan memberi ruang yang lebih luas kepada projek ini untuk dimajukan.
8.0 RANCANGAN PENTDBIRAN
8.1 Pentadbiran
Sekiranya ladang tersebut beroperasi sepenuhnya, ia akan dikendalikan oleh kakitangan seperti dinyatakan di bawah:-
Pengurus (Pemilik) 1 Orang
Pekerja Ladang 2 Orang
Carta Organisasi
9.0 RANCANGAN OPERASI
9.1 BAKA BEBIRI
Baka bebiri yang dipilih ialah kacukan yang sesuai Baka ini mempunyai kebaikan seperti berikut:-
a. Pengeluaran ternakan bebiri yang tinggi
b. Jarak beranak dalam tempoh 6 bulan
c. Mudah dikendalikan
d. Tahan cuaca panas
e. Bentuk badan yang baik
9.2 MATLAMAT DAN TANGGUNGJAWAB
Bagi memastikan kejayaan projek ini, pengusaha akan menghantar pekerja-pekerja mengikuti kursus-kursus kemahiran teknikal.
Beberapa institusi telah dikenalpasti untuk tujuan tersebut antaranya:-
i. Institut Haiwan Kluang
ii. Ladang Pengusaha yang telah berjaya
Kursus-kursus yang diikuti adalah bagi memastikan perjalanan projek berjalan
dengan lancar dan cekap.
9.3 SUMBER INPUT LADANG
Ladang ini akan memperolehi sumber makanan dari kawasan sekitar dan bandar
yang berhampiran.
9.3.1 Hampas kelapa Sawit (PKC)
Pembekal yang dikenal pasti adalah:-
a. Syarikat Lazuli Sdn Bhd, Shah Alam, Selangor
b. Kilang Sawit Felda Pasir Gudang, Johor
Syarikat-syarikat ini berupaya membekalkan makanan mengikut kuantiti
yang diperlukan.
9.3.4 Jagung
Jagung boleh diperolehi dari pembekal swasta.
9.3.5 Rumput
80% tanah yang diperuntukkan akan ditanam dengan rumput. Jenis rumput yang akan ditanam adalah dari jenis “Napier” sebagai rumput potong dan ‘guinea’ sebagai rumput ragut.
9.3.6 Sumber Ternakan
Bekalan ternakan akan diperolehi dari agensi kerajaan dan swasta. Pada masa ini pembekal utama yang membekal induk bebiri ialah.
1. Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia
2. Agensi / Pembekal Swasta
9.3.8 Sumber Tenaga Buruh
Dalam menjalankan projek ini tenaga pekerja terlatih dan tidak mahir diperlukan. Tenaga pekerja boleh diperolehi dari sumber berikut:-
a. Tenaga kerja tidak mahir diperolehi dari penduduk sekitar lokasi
Projek dan tenaga buruh impot Indonesia. Tenaga buruh yang tidak mahir akan dilatih untuk tugas-tugas memberi makanan, membersihkan kandang dan memerah ternakan bebiri.
9.3.7 Khidmat nasihat dan Perkhidmatan Veterinar
Pengusaha akan mendapat khidmat nasihat dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Johor. Diantara khidmat nasihat dan perkhidmatan yang diperlukan adalah:-
a. Khidmat nasihat dan bimbingan
b. Perkhidmatan Rawatan dan Kesihatan Ternakan
c. Khidmat nasihat pemakanan
d. Khidmat kawalan mutu ternakan bebiri
e. Pemasaran ternakan bebiri
9.3.8 Kawalan Mutu Ternakan bebiri
Hasil ternakan bebiri yang dikeluarkan dijamin mutunya. Kawalan mutu ternakan bebiri akan dijalankan oleh JPH negeri .
Ternakan bebiri yang tidak mencapai piawaian akan disingkirkan. Dengan kawalan mutu yang ketat ini mutu ternakan bebiri dan daging bebiri yang dikeluarkan adalah dijamin memuaskan.
9.4 RANCANGAN OPERASI SISTEM PEMELIHARAAN TERNAKAN
Ternakan bebiri
i. Ternakan bebiri diberi pemerhatian secara individu terutama dari aspek pemakanan, kesihatan dan keadaan fizikal bagi memastikan pengeluaran pada tahap maksima.
ii. Kerja-kerja harian seperti, pemberian makanan dan program kesihatan dilakukan dengan berjadual.
iii. Kandang dan kawasan sentiasa bersih bagi mengurangkan masalah penyakit dan pencemaran.
iv. Ternakan bebiri dilepaskan ke dalam padok. Semasa ternakan meragut kerja-kerja seperti berikut boleh dilkukan.
a. Pembersihan dan pencucian kandang.
b. Pengisian makanan (rumput dan konsentrate) dalam palong makanan.
v. Jumlah pemberian makanan tambahan bergantung saiz ternakan bebiri.
Bebiri Bunting Berat (4- 5 bulan)
i. Bebiri-bebiri disimpan di dalam kandang khas.
ii. Bebiri-bebiri yang menunjukkan tanda-tanda hendak beranak akan dimasukkan ke dalam kandang beranak. Disimpan hingga melahirkan anak.
iii. Rumput segar dan konsentrate diberi setiap hari dan dimasukkan ke dalam palong makanan.
Anak Bebiri
i. Anak-anak bebiri yang baru lahir dibiarkan bersama ibu selama 8 – 12
jam untuk penyusuan kolostrum.
ii. Anak yang telah mendapat ternakan bebiri kolostrum diasingkan dari ibunya dan disimpan di petak khas.
iii. Anak bebiri berumur tiga bulan akan menjalani proses cerai susu dan
dibiarkan meragut didalam padok.
Bebiri Dara
i. Bebiri-bebiri dibiarkan meragut didalam pedok.
ii. Bebiri-bebiri dibawa balik ke kandang untuk tujuan pemberian konsentrat, pemeriksaan dan rawatan.
iii. Dilepas semula ke dalam padok selepas selesai pengambilan konsentrate.
9.5 RANCANGAN OPERASI SISTEM PENGURUSAN PERLADANGAN
SISTEM PEMAKANAN
a. Pemakanan Ibu
Ibu yang menusu akan diberi makan mengikut kadar pemakanan yang ditetapkan. Jenis makanan yang diberi adalah dari jenis makanan campuran dedak.
Makanan campuran diberi kepada ibu bebiri
i. Rumput akan diberi didalam palong diluar kandang 2 kali sehari pagi dan petang.
ii. Rumput Napier digunakan sebagai foder dan ‘guinea’ sebagai ragutan.
b. Pemakanan Anak
Anak bebiri dibahagikan kepada 3 peringkat:-
i. Peringkat umur 1 hari hingga 3 bulan
Pada peringkat awal 3 - 5 hari, anak bebiri diberi ternakan bebiri kolostrum. Dari 6 hari hingga 3 bulan anak bebiri diajar makan dedak dan rumput secara berperingkat-peringkat.
ii. Peringkat 3 bulan hingga 6 bulan
Pada peringkat ini bebiri telah biasa makan makanan dedak dan rumput. Mereka mula dilepas ke kawasan ragutan.
iii. 6 bulan keatas
• Pada masa anak bebiri diberi makan hampas Kelapa Sawit, air dan rumput, pemilihan anak-anak untuk stok gantian dijalankan. Anak yang kurang bermutu dijual atau diasingkan untuk dijadikan bebiri pedaging.
• Anak-anak bebiri yang terpilih akan dipelihara dan dibiarkan meragut didalam padok.
• Anak-anak bebri jantan akan di pelihara secara fidlot untuk dijadikan pedaging.
9.6 RANCANGAN OPERASI PENGURUSAN KESIHATAN TERNAKAN
Pengurusan Kesihatan Harian
Kesihatan merupakan salahsatu faktor penting dalam penternakan ternakan bebiri. Penjagaan kesihatan dilaksanakan dengan kaedah rawatan dan pencegahan. Bebiri yang sihat akan anak yang sihat akan cepat membesar.
Program Kesihatan Gerompok
Pengambilan sampel darah akan dijalankan 1 tahun sekali bagi mengesan penyakit Brucellosis, Tuberculosis dan Johnes.
Penyakit-penyakit ini boleh menyebabkan keguguran dan boleh berjangkit kepada manusia.
Jenis-jenis Penyakit
Jenis-jenis penyakit yang biasa menyerang bebiri-ternakan bebiri ialah:-
a. Anorexia
b. luka
c. Cacing
d. Foot rot
Kaedah pencegahan amat perlu dilakukan seperti pemberian makanan yang cukup dan seimbang serta meningkatkan tahap kebersihan kandang dan kawasan sekeliling serta mengawasi program kesihatan.
Penyakit-penyakit yang biasa menyerang anak bebiri adalah:-
a. Joint ill / Arthritis
b. Pneumonia
c. Malnutrian
d. Cirit Birit
Penyakit diatas boleh dirawat dengan pemberian antibiotik, vitamin dan
mineral. Selain itu tahap kebersihan kandang dan kawasan sekeliling
perlu ditingkatkan.
9.7 RANCAN GAN OPERASI PELAN PEMBANGUNAN PERLADANGAN
Pertimbangan
I. Kawalan sisa dari ladang dengan sistem zero discharge perlu dilakukan dengan mengambil kira kuantiti pengeluaran sisa, saiz dan sistem kolam rawatan yang dibina dan penggunaan semula sisa “diproses”.
II. Penggunaan dari penyelenggaraan serentak kawasan ragutan yang luas akan memudahkan penyelenggaraannya.
III. Bangunan pejabat, kediaman, stor dan sebagainya akan dibuat Berdasarkan kriteria semasa dari segi keluasan dan senireka bangunan tempatan akan diutamakan.
IV. Ciri asas bangunan-bangunan ini termasuklah kemudahan urusan dalaman, kepelbagaigunaan dan selesa dengan kos penyelenggaraan yang minima.
Kawalan Sisa Dari Ladang
I. Kawalan sisa dari ladang akan dibangunkan dengan saiz dan sistem kos yang paling munasabah.
II. Penggunaan air di dalam aktiviti ternakan diminimakan.
III. Pembersihan kandang diunit-unit dilakukan dengan menggunakan scraper untuk mengurangkan sisa cecair yang akan keluar ke kawasan takungan, pada masa yang sama menjimatkan penggunaan air.
Kandang beranak / “Calving”
a. Ternakan yang menunjukkan tanda-tanda akan beranak diasingkan daripada kumpulan bunting di unit bunting ke kandang beranak.
b. Kandang ini dibina untuk mempastikan pengawasan beranak yang teliti yang akan membolehkan anak dilahirkan didalam kandang yang bersih dan mendapat perhatian awal terutama mendapat kolostrum yang cukup.
c. Ia juga akan menyenangkan pengawalan dan tindakan terhadap kes-kes kesukaran beranak (dystocia). Selepas beranak, anak akan diasingkan di unit anak.
d. Kandang individu yang dibina digunakan untuk ternakan yang menunjukkan tanda-tanda akan beranak.
e. Ia perlu dialaskan (bedding) dengan bahan kering yang tidak kesat dan tidak terlalu licin yang senang dicuci. Lantainya diperbuat daripada konkrit seperti juga kandang-kandang lain.
f. Air minuman akan dibekalkan didalam tempat yang di sediakan..
g. Kumpulan ini akan diberi konsentrate dan rumput foder.
Aliran Ternakan
a. Kedudukan unit-unit didalam ladang berkait rapat dengan aliran pergerakan ternakan yang akan memudahkan pengurusan ternakan dan pastura.
b. Ternakan yang akan beranak dipindahkan kekandang beranak
c. Anak akan ditempatkan bersama bu tiga (3) hingga 6 bulan dan Selepas dicerai ternakan bebiri ia akan dipindahkan ke unit weaner. Bebiri jantan dan betina diasingkan.
d. Bebiri jantan akan dijual atau dijadikan fidlot dan sebahagian kecil yang terpilih akan disimpan di dalam ladang untuk tujuan pembiakan. Bebiri betina kemudiannya dipindahkan ke unit dara dan unit pembiakan apabila mencapai umur untuk dibiakkan.
e. Ternakan yang tidak memberikan prestasi yang baik akan dikeluarkan dan dipindahkan di unit singkiran sementara dikeluarkan atau dijual.
Carta Aliran Ternakan
Operasi harian Ternakan
Bebiri-bebiri ternakan bebiri akan dibiar meragut didalam padok dan di bawa balik kekandang bagi tujuan pemberian konsentrate, pembiakan dan rawatan. Pemberian konsentrate bergantung kepada tahap pengeluaran ternakan bebiri dan diberi sebanyak dua kali sehari.
i. Anak bebiri akan diasingkan daripada ibu sehari selepas beranak dan disimpan dikandang-kandang individu dan diberi ternakan bebiri gantian.
ii. Anak bebiri selepas cerai (3 bulan) hingga matang akan dilepaskan ke pedok bebiri untuk tujuan ragutan
iii. Pembiakan dilakukan secara tabii..
iv. Pihak pengurusan akan sentiasa memastikan tahap pengurusan kekal pada tahap optima dengan pengawalan program kesihatan, mengawasi rekod kelahiran, kematian, penyelarasan berat badan, pengambilan makanan, fertiliti dan hal-hal lain yang ada kaitan dengan prestasi ternakan.
v. Program pemilihan akan dilakukan secara lebih teliti dan sistematik bagi memastikan hanya ternakan yang bermutu sahaja dipelihara.
BANGUNAN UNTUK TERNAKAN
a. Semua bangunan untuk kegunaan teduhan ternakan perlu sejuk dan selesa. Dengan itu jenis dan bahan bumbung yang menyejukkan perlu digunakan dan sistem penyejukan mungkin diperlukan ditempat-tempat tertentu.
b. Pembinaan kandang ini juga perlu mengambil kira ruang yang diperlukan sekiranya jentera besar digunakan didalam aktiviti pembersihan kandang.
c. Bangsal teduhan perlu dibina dalam semua petak ragutan di unit anak. Untuk memudahkan pengurusan dan penjimatan kos, dimana sesuai satu bangsal teduhan akan dibina di bahagian tengah bagi empat atau tiga petak ragutan. Bangsal teduhan ternakan juga perlulah disediakan alat penangkap kilat.
KANDANG
a. Kandang
Kandang yang sesuai dibina dengan bebrapa bahagian Satu kawasan untuk anak di kandang kumpulan meminum ternakan bebiri akan dibina di bahagian ini.
b. Stor
Bangunan stor kandang anak adalah sama bentuknya dengan stor makanan di kompleks pemerahan ternakan bebiri tetapi dengan saiz yang berbeza. Di sebelah stor makanan, akan dibina stor untuk barang-barang am dan peralatan kecil.
c. “Control Yard”, “Loading ramp” dan “travis”
Ketiga-tiga binaan ini sama bentuk dengan binaan yang terdapat kandang ternakan bebiri tetapi jarak antara palang/pagar railing lebih kecil untuk disesuaikan dengan saiz.
d. “Spraying race”
Satu kawasan akan dibina untuk tujuan penyahkutu, bersebelahan dan bersambung dengan control yard.
e. Bangsal Teduhan
Di dalam bangsal teduhan akan dibina atau diletakkan kemudahan meminum ternakan bebiri, palong makanan dan tempat takungan air. Kemudahan ini perlulah menepati keperluan anak yang masih menyusu dan bersaiz kecil.
f. Stor Makanan
Setiap kandang di unit perlu mempunyai stor bersaiz 10’ x 21’ untuk menyimpan makanan.
PASTURA
Pembangunan Pastura
a. Sehingga muncul spesies baru yang lebih baik, mudah diselenggara dan Produktif Panicum spp (Guinea) akan ditanam untuk bebiri.
Cadangan Keluasan Pastura
a. Seluas 80 % akan digunakan untuk pastura dan 20% daripada keluasan akan digunakan kandang, jalan sungai, terusan dan pagar.
Spesies Rumput Peratus
1. Napier 70%
2. Guinea 100%
Jumlah 100%
PEMBINAAN INFRASTRUKTUR
JALAN
Ukuran saiz jalan akan menggunakan pelan piawaian sesuai dengan kegunaannya.
Jalan Sempadan
Satu jalan sempadan akan dibina di sepanjang sempadan bagi memudahkan rondaan. Jalan laterit selebar 10’ dengan bahu jalan 5’ dianggarkan sepanjang 21 km.
Jalan Ladang
Jalan utama ladang di bahagian lain pula laterit dan selekohnya akan mampu menampung dua trailer yang ditarik serentak. Jalan ladang/petak ragutan akan bersaiz kecil daripada jalan utama ladang dengan lebar 8 kaki.
TERUSAN DAN PERPARITAN
Selain takungan air bagi tujuan pengolahan dan pembersihan yang akan dikawal
ketat, lebihan air hujan dan juga air keperluan ladang akan ditakung dalam parit
dan tali air buatan. Keupayaan takungan ini akan diuruskan bersama JPS dan akan
diutamakan dilaluan air semulajadi. Empangan dan tandop akan juga digunakan
sebagai jalan bagi kegunaan manusia dan ternakan. Rekreasi air dan lain-lain
bentuk rekreasi yang sesuai boleh dipertimbangkan untuk masa hadapan.
‘CULVET”
‘Culvet’ akan digunakan di kawasan alur parit yang kecil.
PAGAR
Pagar Sempadan
Pagar sempadan akan dibina dengan menggunakan pagar cyclone
Pagar Petak Ragutan
Semua pagar petak ragutan akan menggunakan pagar letrik.
Pintu Pagar
Pintu pagar petak ragutan akan berukuran 10 kaki lebar dan 4.5 kaki
Tinggi dengan menggunakan tiang paip G.I bersaiz 3 inci.
Pintu Pagar Sempadan
Pintu pagar sempadan akan menggunakan cyclone dengan tiang paip G.I bersaiz 3 inci. Pintu pagar menggunakan cyclone akan dibina sebanyak 4 unit iaitu pintu masuk utama selepas jalan masuk, pintu masuk ke kompleks pejabat dan stor, pintu sempadan timur laut dan pintu sempadan tenggara.
CIRI-CIRI YANG AKAN WUJUD / ‘FEATURE’
Setelah mengambilkira semua keperluan pembangunan ladang baru ini, maka beberapa feature akan terwujud, antaranya:
1. Sistem zero discharge
2. Terusan dan taliair
3. Pemusatan pengurusan
4. Saiz petak ragutan yang sekata
10.0 RANCANGAN PEMASARAN
Dalam menjalankan projek ini pemasaran adalah penting. Projek ini menghasilkan empat jenis produk iaitu:
i. Bebiri singkiran untuk daging bebiri
ii. Bebiri jantan pengemukan pedaging bebiri
CARTA ALIRAN STRATEGI RANCANGAN PEMASARAN
Strategi Rancanga Pemasaran Bebiri sinkiran untuk daging bebiri
a. Menjual bebiri bermasalah, tua dan tidak produktif secara terus kepada pembeli.
b. Menjul daging bebiri pada musim-musim tertentu
c. Menjual untuk acara keugamaan seperti aqiqah dan korban dengan harga RM 300 /ekor betina dn RM 450 /ekor untuk jantan
Strategi Rancangan Pemasaran Bebiri feeder jantan untuk penggemuk
a. Anak-anak bebiri antan dijual kepada penternak fidlot dengan harga RM 8.00 /kg dan dianggarkan ternalkan di jaual pda berat 20 kg.
b. Pengusaha akan memelihra sendiri dengan cara fidlot dan diual pada berat 35-40 kg dengan harga RM8.00/kg.
Strategi Rancanagan Pemasaran Bebiri dara
a. Anak-anak bebiri dara dijual kepada penternak bebiri dengan harga RM 10 /kg dan diangggarkan ternalkan di jual berat 25 kg.
11.0 RANCANGAN KEWANGAN
Tujuan rancangan kewangan ini ialah untuk menunjukkan akan penggunaan wang modal sebanyak RM 65,000.00. .
KOS TETAP
(Susutnilai adalah 10% setahun dan dinyatakan dalam Penyata Pendapatan-manakala dalam
Penyata Alir Tunai ianya diletakkan dalam tahun 0 (pra-projek) dan dimasukkan jumlah sepenuhnya)
1.Penyediaan Tanah danTanam rumput 2000
3.Pembelian induk
Jantan 1600
Betina 30000
4.Store 2500
5.Kandang 6000
6.Pagar keliling 1000
7.Jalan dan parit 750
8.Bekalan air & letrik 750
9.Control yard 1000
11.Motorsikal 3200
12.Lain peralatan 600
Jumlah kos tetap 53550
KOS KENDALIAN
1.Makanan dibeli
- Induk 2340
- Ternakan lain 407
2.Garam & vits 158
3.Ubatan 237
4.Upah 5400
5.Pembaikan & alat ganti 204
6.Pol & Utiliti 730
7.Cukai tanah 0
8.Baja dan racun 2000
9.Pelbagai 574
Jumlah kos kendalian 12049
Bayaran Pinjaman
Rujuk jadual bayaran bank dan jadual alir tunai dengan pinjaman dan penyata pendapatan dengan faedah pinjaman.
Dari jadual berkenaan di dapati pengusaha mempunyai alir tunai positif dalam pembayaran tersebut
ANALISA KEWANGAN
Dari analisa kewangan, cadangan projek ini berdaya maju dengan kadar pulangan dalaman (IRR) yang tinggi
Geraf : Lebihan dan defisit terkumpul menunjukkan tempoh pulang modal antar tahun 5 dan 6.
12. KESIMPULAN
Berdasarkan kepada hasrat kerajaan yang ingin membangunkan program pengeluaran makanan, prospek industri bebiri mempunyai masa hadapan yang cerah. Kemudahan kredit yang diberikan oleh kerajaan dan institusi kewangan menjadi faktor pemangkin kepada perkembangan industri ini. Selain itu kurangnya saingan dan risiko yang rendah, boleh mempercepatkan kemajuan industri bebiri di negara kita.
Program ladang bebiri dara yang dirancang dikawasan ini dapat menambah pendapatan tambahan kepada pengusaha di samping memperbanyakkan lagi bekalan baka ternakan bebiri untuk masa depan negara.
Prospek industri pedaging bebiri juga mempunyai masa hadapan yang cerah. Selain itu kurangnya saingan dan risiko yang rendah, boleh mempercepatkan kemajuan industri pedaging bebiri di negara kita.
Harga daging bebiri segar telah meningkat bukan sahaja di negara kita malah di luar negara juga. Keadaan ini berlaku kerana polisi perdagangan yang liberal, peningkatan kepada kos pengeluaran serta permintaan yang meningkat. Hari ini pengeluaran daging bebiri segar menjadi satu industri yang boleh mendatangkan keuntungan (profitable) dan telah menjadi hasil komersial. Pertambahan populasi penduduk dan peningkatan pendapatan menyebabkan permintaan kepada daging bebiri segar semakin meningkat dari masa ke semasa.
Keupayaan mengendalikan serta kemudahan penyimpanan daging bebiri segar adalah sangat menggalakkan. Pemasaran dan penjualan daging bebiri dibuat dengan teratur dan sistematik serta mengutamakan kesihatan pengguna dan tahap kebersihan.
Pengusaha berasa penuh yakin projek yang telah dirancang ini akan memberi pulangan yang menguntungkan kepada pengusaha.
Thursday, October 12, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment