
NOTA RINGKAS PENGURUSAN KAMBING
1 PENGURUSAN ANAK HINGGA CERAI SUSU (3 BULAN)
• Pastikan ibu menjilat anak yang dilahirkan. Ini bertujuan mengeringkan bulu dan menggalakkan peredaran darah dan sistem pernafasan
• Rawat pusat dengan iodin setiap hari hingga kering dan tanggal sendiri
• Timbang dan rekod berat lahir serta lain-lain butir kelahiran
• Jaga kebersihan kandang anak dan ibu dan pastikan sentiasa kering.
• Pastikan anak dapat kolustrum sebaik sahaja boleh berdiri dan tidak lewat daripada 24 jam
• Catatan : kebaikan kolustrum
Lemak dan tenga yang tinggi baik untuk tenaga dan tumbwesaran
Mengandungi vitamin A, D, E yang tinggi
Mengandungi laksatif (laxative) untuk membantu pengeluaran najis pertama
Mengandungi antibodi (immunoglobulin) untuk imuniti penyakit kepada anak
• Beri nombor pengenalan tattoo dan tag (umur 1 minggu) bertujuan
Memudahkan rekod-rekod berkaitan
Mengetahui umur
Baka
Memudah membuat pemilihan
• Jika susu ibu tidak didapati, susu gantian perlu diberi. Jumlah susu diberi bergantung kepada saiz ternakan (10% daripada berat badan)
• Pengambilan bahan pejal perlu diajar pada ternakan pada umur 3 minggu. Dedak boleh diberi lebih awal (2 minggu) manakala rumput pada umur 4 minggu. Pemberian di beri secara creep feeding. Rumen mula berfungsi da penghasilan bahan mikrobial bermula pada umur 3 - 6 minggu.
• Beri suntikan pencegahan Clostridium dan Pasteurellosis (vaksin Heptavac) pada umur 6 minggu
• Beri ubat cacing pada umur 6 – 8 minggu
• Cerai susu beransur-ansur pada umur 8 hingga 12 minggu
Mulakan dengan mengasingkan ibu dan anak dan dicampur apabila menyusu
Anak baru cerai hendaklah dilepaskan di pastura yang bersih dan lama direhatkan
Ibu dilepaskan jauh daripada anak untuk mempercepatkan pengeringan susu
• Timbang berat semasa cerai susu
2 PENGURUSAN ANAK CERAI SUSU HINGGA DEWASA (9 BULAN)
• Asingkan jantan dan betina
• Betina yang tidak sesuai dijadikan baka boleh dicampur dengan jantan yang telah dikembiri bagi tujuan penggemukan
• Beri ubat cacing jika perlu
Gunakan ubat cacing paling berkesan
Selepas pemberian ubat cacing simpan bebiri dalam kandang selama 24 jam untuk mengelak najis yang membawa telur dan cacing tidak mencemari pastura
Lepaskan bebiri ke pastura yang bersih dan telah direhat selama 6 minggu
Amalkan ragautan bergilir dan penggunaan satu pedok tidak melebihi 1 minggu
• Rawat penyakit jika kelihatan tanda-tanda klinikal serta jalankan program kesihatan gerompok
• Potong kuku jika panjang
Kuku dipotong rata bagi membolehkannya bertapak dengan baik untuk meragut dan mengawan
Kuku panjang menyimpan kekotoran yang boleh menggalakkan jangkitan kuman sepert foot-rot
Mengguna alat seperti foot-rot shear, hoor paring knife atau pisau
• Potong tanduk jika panjang
Bertujuan mengelak kecederaan, memudah kerja pengurusan seperti mengetam wul dan pada dewasa mengelak kecederaan pada mata dan tengkorak akibat pertumbuhan tanduk yang tidak seimbang.
3 PENGURUSAN IBU BUNTING HINGGA MELAHIRKAN
• Bunting 0 - 3 bulan perlu diberi rumput seperti biasa
• Bunting 3.5 - 4 bulan (6 - 4 minggu sebelum beranak) perlu beri makanan tambahan 'steaming up', bertujuan:
Menampung keperluan pembesaran fetus yang pesat
Mengelak masalah pregnancy toxaemia
Menjamin kesihatan ibu dan anak
Melahirkan anak kuat dan berat
Menjamin pengeluaran susu
• 6 - 2 minggu sebelum beranak, beri suntikan pencegahan penyakit Clostridium untuk pemanglian anak dalam kandungan
• Kurung bebiri hampir beranak , bantu bebiri yang mengalami distokia
• Pastikan anak yang dilahirkan tidak terdedah kepada hujan atau kesejukan
4 PENGURUSAN IBU MENYUSU
• Beri makanan tambahan / konsentrat antara 200 – 400 g/ekor bagi pengeluaran susu mencukupi terutama beranak kembar
• Pengurusan rutin seperti rawatan dan pencegahan penyakit
NOTA PEMBIAKAN
CIRI-CIRI BAKA YG BAIK
• ciri umum
warna - perbezaan mengikut baka
kulit & bulu - bulu sama rata, berkilat, tiada tompok yg tidak diingini
badan – panjang & besar (baka pedaging), belakang yg lebar
kaki – lurus & tegap, kuku sama rata
Kepala – mata bersinar. Dagu sama rata
testis – 2, simentri, tergantung dgn baik. Zakar boleh keluar masuk dgn baik
Ambing susu – simenti, tergantung baik, tiada mastitis& pembarahan.Putting
berkeadaan baik
Tabiat - cergas, libido & sifat keibuan baik
Kesihatan - sihat, subur, tiada penyakit
Rekod - kenaikan berat badan yg tinggi, pasangan kembar, berat lahir tinggi
• Nisbah jantan : betina 1 : 30
• utk elak inbreeding, jantan mesti ditukar selepas 18 to 24 bulan
• Periksa pejantan - testis. Kaki & libido sebelum & semasa mengawan
• Kambing sepatutnya beranak setiap 8 bln @ 3 kali dlm 2 tahun
• Betina boleh puberty pd 6 - 8 bln (60% berat badan)
• Estrus pd bebiri - selalunya tidak jelas / silent
• Elak kahwin terlalu awal
tumbesaran ibu terganngu
anak : saiz kecil
kurang susu
• Pusingan estrus : 15 -19 hari (17 hari), masa estrus 18 -24 jam, ovulasi : 25 - 30 jam selepas bermula estrus
• Kahwin boleh dilakukan pd umur 10 -12 bulan utk mendapat anak pertama pd umur 15 - 17 bulan
• Umur penjantan utk kahwin - 2 tahun
No comments:
Post a Comment