Penyakit Lazim Bebiri

1. Kecacingan (Helminthiasis)
1.1 Simtom
• Kurus, terbantut. lemah
• perut buncit, kadang-kadang diarea
• Bengkak edema di bawah dagu (bottle jaw)
• Selaput basah pucat
• Dehidrasi
• Analisis tinja - bilangan telur cacing tinggi
1.2 Rawatan
• Athelmintik yang sesuai
1.3 Pencegahan
• Sistem ragutan bergilir
• Program pengambilan sampel tinja untuk Fecal Egg Count (F.E.C.)
• Program pemberian ubat cacing berdasarkan keputusan F.E.C.
2. Pneumonia (Radang Peparu)
2.1 Simton
• Lemah, moyok, kurang selera, mengasingkan diri
• Demam
• Sesak nafas, dyspnea, batuk
• Bendalir dari hidung (nasal discharge)
2.2 Rawatan
• Antibiotik
• Rawatan sokongan - multivitamin
2.3 Pencegahan
• Tingkatkan pengurusan
Kebersihan
Pengudaraan/ventilasi yang baik
Kurangkan tegasan/stress
Asing ternakan sakit, rawatan awal
• Vaksinasi untuk Pasteurellosis
3. Buruk Kuku (Foot Rot)
3.1 Simtom
• Tempang
• Kulit antara kuku kemerahan
• Mungkin ada nanah
• Kuku mungkin tanggal
3.2 Rawatan
• Potong kuku dan bersihkan
• Rawat dengan Kuprum Sulfat @ Zink Sulfat, Zink Oksida @ 3% formalin
• Suntikan antibiotik bagi kes yang serius
3.3 Pencegahan
• Vaksinasi
• Program potong kuku
• Program footbathing dengan formalin @ kuprum sulfat
4. Puru (Contagious Ecthyma)
4.1 Simtom
• Gelembung air di mulut, gusi, bibir. Bila pecah menjadi keruping merekah dan berdarah
• Juga bebentuk keruping hitam pada bibir/muzle
• Terjadi juga di celah jari dan bahagian tetek ibu
4.2 Rawatan
• Kikis keruping hingga berdarah dan sapukan iodin @ gentian violet
4.3 Pencegahan
• Vaksinasi
• Asing ternakan
5. Coccidiosis
5.1 Simtom
• Najis berbau, cair dan berdarah
• Kurang selera, kurus
• Lemah, dehidrasi
• Biasa pada anak bawah 6 bulan
• Kehadiran protozoa Eimeria spp pada sampel tinja
5.2 Rawatan
• Beri minum Sulphamezathine tiap-tiap hari (3 - 5 hari)
• Rawatan sokongan Vitamin B complex
5.3 Pencegahan
• Kebersihan lantai kandang
• Kurangkan kesesakan (overcrowded)
• Ragutan bergilir
• Anticoccidia dalam air minuman
• Program pengambilan dan analisis sampel tinja
6. Caseous Lymphadenitis (CLA)
6.1 Simtom
• Abses pada nodus limfa (lymph nodes) terutama nodus limfa superficial contoh
Nodus limfa submaksila
• Boleh melibatkan seluruh badan @ generalised
6.2 Rawatan
• Tidak digalakkan, ternakan diasingsingkir
• Jika rawatan ingin dibuat, guna antibiotik sesuai seperti penicillin
6.3 Pencegahan
• Vaksinasi
• Asing singkir ternakan berpenyakit (kadar morbiditi - 70%)
• Ujian serologi untuk saringan penyakit - singkir ternakan positif
7 Kembung (bloat)
7.1 Simtom
• Bahagian abdomen sebelah kiri membesar, bila diketuk bunyi seperti gendang
• Resah, sakit bahagian abdomen
• Sukar bernafas
• Akhirnya terbaring/lateral recumbency
7.2 Rawatan
• Ubat antibloat, minyak makan, paraffin, halia
• Keluarkan gas dengan stomach tube
• Dalam keadaan tenat - guna trochar dan canula
6.3 Pencegahan
• Pertukaran makanan dibuat secara beransur-ansur
• Elak menggunakan dedak yang terlalu halus
• Elak daraipada memakan banyak daun -daun tertentu seperti nagka, pucuk ubi dan biji getah
8 Melioidosis
8.1 Simtom
• Anoreksia/tiada selera makan
• Tempang
• Demam ringan
• Tanda-tanda respiratory/pernafasan- dyspnea, kerap batuk, cecair pekat kuning dari hidung
• Tanda-tanda saraf - berjalan berpusing, konvulsi, kepala terteleng, buta, terlau sensitif terhadap rangsangan luar.
• Nodus limfa dan testis membengkak
8.2 Rawatan
• Tidak digalakkan - singkir tenakan berpenyakit
• Jika rawatan inigin dijalankan, antibiotik boeh digunakan:
- oxytetracycline
8.3 Pencegahan
• Saringan dengan ujian serologi C.F.T. - ternakan positif hendaklah disingkirkan
• Disinfek kawasan/kandang yang didiami ternakan positif
• Rawat air minuman
9 Brucellosis
9.1 Simtom
• Gugur pada bunting berat
• Tidak subur, metritis
• Lekat uri
• Orchitis pada jantan
9.2 Rawatan
• Tidak digalakkan - singkir ternakan berpenyakit
9.3 Pencegahan
• Saringan penyakit - ujian serologi: RBPT dan CFT positif disingkir
1 comment:
blog Che Mad byk beri maklumat dam ilmu2 baru dan membantu dalam industri ini.terutamanya rujukan segera bila berdepan masalah dgn ternakan. terima kasih...(Sardi-Kursus MPPB Sudara Beach Resort 02-07 nov 08)
Post a Comment